Khamis, 22 Disember 2011

Wang Kertas Baru Malaysia:Cantiknya!!!




Semalam,Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan duit kertas baru siri keempat Malaysia yang akan memasuki edaran pertengahan tahun depan.Ia bertemakan 'Keunikan Malaysia '.Ia terdiri dari denominasi RM1,RM5,RM10,RM20 dan RM100.Duit kertas siri keempat yang ada sekarang ni pun duit RM50 yang dikeluarkan sejak 2 tahun dulu.



Uniknya,duit RM20 juga turut diperkenalkan semula dalam siri ini dengan warna oren.Sebelum ini,duit RM20 adalah berwarna keperangan dan mula diperkenal pada 1982 tapi ditamatkan pengeluarannya pada 1995.



Sekali pandang,macam duit SAIDINA pun ada.Tapi duit SAIDINA tu duit tipu,yang ini duit betul.Tapi cantik menawan jugak ye... CANTIK BETUL!!! :)