Ahad, 20 September 2015

Dari Oren Ke Hijau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Aku telah bertukar dari OREN ke HIJAU !!!

Bukan bertukar dari oren ke epal hijau,tapi bertukar dari TELCO OREN ke TELCO HIJAU sambil kekalkan nombor TELCO OREN.Ataupun orang panggil Mobile Number Portability (MNP) atau dalam bahasa Melayunya,Kebolehalihan Nombor Telefon Mudah Alih.

MNP ini memudahkan kita untuk bertukar ke penyedia perkhidmatan (telco) lain tanpa perlu menukar nombor telefon bimbit kita.Jadi senanglah tak perlu susah-payah inform kat orang pasal nombor hp baru kita...



Aku dulu pakai telco oren ni...



Tapi bertukar ke telco hijau ni sambil kekalkan nombor telco oren...

Sebab utama aku tukar kerana aku mahukan prepaid yang jimat,coverage yang meluas,prepaid yang patuh syariah (tak mengenakan caj tersembunyi) dan yang paling penting dimiliki oleh BUMIPUTERA ISLAM yang pendapatan mereka dikenakan ZAKAT (yang pastinya disalurkan kepada umat Islam) dan bukannya seperti TELCO OREN yang dimiliki taukey judi dan disalurkan kepada jalan yang haram serta untuk agama bukan Islam...

Dah...malas nak berkhutbah panjang-panjang...aku nak cerita proses aku MNP dari OREN ke  HIJAU...

Aku mula tertarik dengan TELCO HIJAU ni selepas aku riki kat

Instagram @onexox.simcard.jimat ...

Harga kad sim cuma RM10 dan boleh pilih nak nombor baru atau kekal nombor lama...Aku sudah semestinya kekal nombor lama...
Lepas order dan bank in RM10,..ikut arahan seterusnya dan simkad akan diposkan dalam 1-5 hari...

 

Simcard akan sampai paling awal keesokan harinya...

Lepas dapat simcard,jangan tukar dulu...tunggu approval message dari telco asal korang...



Lebih kurang macam ni lah mesejnya...


Bila dapat mesej tu dan line telco asal dah dipotong,baru tukar simkad...



Bila dah dapat mesej seperti di atas ni maknanya talian dah aktif...

Susah nak dapat top-up?Top-up je kat sini...



  


Maka dengan secara rasminya pada 5/9/2015,aku telah bertukar dari OREN ke HIJAU...



Selamat tinggal Oren,Selamat Datang Hijau...


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan