(Gambar Stesen Petronas ini hanya hiasan saja) |
Selepas 211 hari aku berkhidmat menabur jasa di Stesen Servis Armada Alam (Petronas) sejak 7 Julai tahun lepas,akhirnya tibalah saat untuk aku mengundurkan diri.Maafkan aku wahai semua kawanku di sana,kerana aku telah menyusahkan kalian.Aku bukan tak mahu terus bekerja di situ,tetapi aku terpaksa juga berhenti kerana bayaran gaji yang aku terima tidak setimpal dengan segala penat lelah dan keringatku yang ku taburkan selama ini.Aku bekerja 12 jam sehari dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang,aku bekerja 6 hari seminggu (kecuali Selasa,itu hari cutiku),aku penat sebaik pulang dari bekerja sehingga aku tiada masa bersantai di rumah dan bersama keluarga,tetapi aku hanya memperolehi gaji RM700 sahaja...Maafkan aku wahai bossku,Pn.Razlin jika aku banyak membuat boss marah,halalkan segala makan dan minum dan wang gaji yang boss berikan,aku akan kenang segala jasa baik boss sehingga ke akhir hayatku...kepada supervisor Kak Wan,maafkan aku juga jika aku banyak membentak kata-kata akak,tak dengar arahan akak dan sebagainya.kepada Azahar Ali,satu-satunya pekerja Bangla merangkap teman rapatku di sana,maafkan aku kerana aku menyebabkan kau tak dapat bercuti hari ini...dan maafkan aku juga kerana akulah kau terpaksa mengambilalih tugas aku mencuci tandas,menjaga pam petrol,mengemop lantai,mengelap tingkap,mengutip sampah dan sebagainya,maafkan aku juga andai kata aku bergurau dan mengusik kau hingga kau berkecil hati,Kepada Jothy,temanku pada saat ku masuk kerja awal pagi,maafkan aku kalau aku telah menyusahkan kau pagi ni,kau terpaksa bekerja awal pagi seorang diri,dan maafkan aku kak Nani kalau aku ada buat akak marah,Kepada semua orang yang bekerja di sana@teman sekerjaku,maafkan aku...Andai ada umur yang panjang,andai ada jodoh,pasti kita ketemu lagi...Sekian,assalamualaikum dan selamat tinggal semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan