Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

RIP Abam Iyo...



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mungkin kita semua sudah sinonim dengan Hero atau Abam Iyo,seekor kucing yang diselamatkan Papa Hero setelah dua kaki depannya dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan mentah di sebuah pasar pada 2005.Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan kemudian tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini,Iyo telah disahkan menghidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk Papa Hero.Bagaimanapun Iyo kemudiannya telah meninggalkan kita semua kira-kira sejam lepas disebabkan penyakit yang dihadapinya itu semakin serius sejak disahkan positif leukimia oleh Papa Hero baru-baru ini.


Wajah sayu Papa Hero... (credit from KAKIMOTONG FAN CLUB) 
Bagaimanapun,Iyo dan kisah-kisahnya akan sentiasa kekal dalam ingatan sebagai ikon menentang kezaliman dan kejahatan terhadap haiwan di negara ini.Teruskan menyokong KAKIMOTONG FAN CLUB... 

Khamis, 21 November 2013

Tahun Kedua Weblog Ku



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Andainya web log (blog) aku ni seorang bayi,sudah tentu ia sudah boleh berjalan,berkata-kata bahkan berlari.Sudah menempuh tahun kedua,rasanya belum ada rezeki untuk menjadikan faezzainal.com menjadi milikku.Blog aku ini juga masih lagi bertatih dalam alam siber ini.

Sudah masuk tahun kedua,bermula dengan sebuah blog kosong hingga catatan pertama,blog aku masih terus segar dan bernafas sehingga hari ini.Aku akan terus menulis biarpun tiada orang yang akan komen jauh sekali memberi rating.Mungkin lebih ramai 'silent reader' kot...

Walaupun apa sahaja rintangan yang akan dihadapi,aku tetap akan terus menulis sehingga kini.Tetapi kepada yang menyokong,tiada apa yang dapat aku mampu berikan melainkan ucapan 'Terima Kasih"...  

Selasa, 1 Januari 2013

Insentif Kepada Follower Baruku


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mulai hari ini (1 Januari 2013),saya akan memberikan insentif kepada anda yang menjadi follower blog saya.Sekiranya anda menjadi follower saya,saya juga akan menjadi follower anda.Dan sekiranya anda adalah follower ke 20,40 dan setiap 20 follower bertuah akan saya promosikan blog anda dalam satu entri khas blog saya yang bertajuk 'Kawan Ku Ke-(nombor visitor yang ke berapa serta nama blog anda).

Dengan kata lain,saya dapat mewujudkan situasi 'menang-menang' di mana blog saya dapat manfaat dan keuntungan dan begitu juga blog anda yang menjadi follower saya.Tetapi,ada syaratnya.Syaratnya mudah sahaja,iaitu:

1) Mesti MEMPUNYAI BLOG.
2) Mesti mempunyai blog yang aktif dan entrinya hendaklah berjarak tidak melebihi sebulan.
3) Mesti mempunyai kotak chat (shoutbox,cbox dll) bagi memudahkan saya memberi notifikasi kepada anda.
4) Setelah anda follow blog saya,tulis mesej di kotak chat blog saya yang anda telah follow blog saya beserta alamat blog (bukan url promosi).

Jadi,tunggu apa lagi,marilah follow saya jika anda mahu saya follow anda...JOM FOLLOW...