Memaparkan catatan dengan label Perihal Diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perihal Diriku. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2012

Header Blogku Yang Baru

Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Blog saya kini telah menggunakan header yang baru.Untuk lihat,sila lihat di atas blog saya.  

Ahad, 22 April 2012

Makanan Ku Sebelum Dapat Gaji


Sementara aku menunggu untuk mendapat gajiku pada Sabtu minggu depan,aku telah menjadikan mi segera cawan Mamee Sllrrrp! Kari Xtra Pedas yang dibeli di kedai berdekatan rumahku dengan harga RM1.70 sebagai hidangan sementaraku...Lepas dapat gaji nanti dapatlah makan mewah2 sikit,ye tak? 

Ahad, 15 April 2012

19



Semalam,aku telahpun genap usiaku 19 tahun.Pada hari lahir aku tahun ni,memang penat giler.Aku baru je kerja kat kilang,pastu kerjanya berat ya amat...aduh...aku masuk kerja pukul 7.00 pagi,balik pukul 7.00 malam,balik kerja badan rasa berat n mengantuk...tp sempatlah open laptop aku ni... then bukak fb,bila aku tgk ramai yg wish 'Happy Birthday' kat aku,rasa hilanglah kejap penat aku ni...aku gagahkan diri aku untuk membalas semua wish t'sebut...Terima kasih semua sebab korang semua wish untuk aku pd birthday aku semalam,terima kasih sangat...Ya Allah,aku bersyukur kerana engkau telah memanjangkan usiaku serta memberi kesihatan rohani dan jasmani kepadaku untuk menyambut hari lahirku ini...Amin...

Jumaat, 2 Mac 2012

Selamat Tinggal Petronas...

(Gambar Stesen Petronas ini hanya hiasan saja)

Selepas 211 hari aku berkhidmat menabur jasa di Stesen Servis Armada Alam (Petronas) sejak 7 Julai tahun lepas,akhirnya tibalah saat untuk aku mengundurkan diri.Maafkan aku wahai semua kawanku di sana,kerana aku telah menyusahkan kalian.Aku bukan tak mahu terus bekerja di situ,tetapi aku terpaksa juga berhenti kerana bayaran gaji yang aku terima tidak setimpal dengan segala penat lelah dan keringatku yang ku taburkan selama ini.Aku bekerja 12 jam sehari dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang,aku bekerja 6 hari seminggu (kecuali Selasa,itu hari cutiku),aku penat sebaik pulang dari bekerja sehingga aku tiada masa bersantai di rumah dan bersama keluarga,tetapi aku hanya memperolehi gaji RM700 sahaja...Maafkan aku wahai bossku,Pn.Razlin jika aku banyak membuat boss marah,halalkan segala makan dan minum dan wang gaji yang boss berikan,aku akan kenang segala jasa baik boss sehingga ke akhir hayatku...kepada supervisor Kak Wan,maafkan aku juga jika aku banyak membentak kata-kata akak,tak dengar arahan akak dan sebagainya.kepada Azahar Ali,satu-satunya pekerja Bangla merangkap teman rapatku di sana,maafkan aku kerana aku menyebabkan kau tak dapat bercuti hari ini...dan maafkan aku juga kerana akulah kau terpaksa mengambilalih tugas aku mencuci tandas,menjaga pam petrol,mengemop lantai,mengelap tingkap,mengutip sampah dan sebagainya,maafkan aku juga andai kata aku bergurau dan mengusik kau hingga kau berkecil hati,Kepada Jothy,temanku pada saat ku masuk kerja awal pagi,maafkan aku kalau aku telah menyusahkan kau pagi ni,kau terpaksa bekerja awal pagi seorang diri,dan maafkan aku kak Nani kalau aku ada buat akak marah,Kepada semua orang yang bekerja di sana@teman sekerjaku,maafkan aku...Andai ada umur yang panjang,andai ada jodoh,pasti kita ketemu lagi...Sekian,assalamualaikum dan selamat tinggal semua!