Ahad, 28 Ogos 2016

V,W dan F



Begitulah rupa nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) yang bakal dikeluarkan pada September ini.Kemungkinan,nombor plat WPKL yang keluar sekarang ni (WD #### E) akan diberhentikan pengeluarannya separuh jalan.



Kononnya,plat W akan diberhentikan sebab dah tak dapat sambutan.Padahal aku tengok punya banyak kereta baru pakai plat ni.Mungkin sebab sekarang ni dah tak ramai orang membida nombor plat dan kebanyakkannya guna plat running number.Maklumlah,running number kan free...tak da hasillah kepada negara yang dah tak berduit sekarang nih...Sekali orang bida plate je sampai beribu...

Hasil carian imej untuk bidaan no plat f
Gambar hiasan



 Sekali orang bida plat je sampai puluhan/ratusan ribu...Sebab utama dia orang keluarkan plat nombor ni sebab nak tarik minat sesetengah orang membida nombor plat yang kononnya menarik ni.Padahal apa yang menarik sangat plat V ni?Rasa macam janggal dan pelik pulak bunyinya sebab bagi aku,nombor plat KL dah sinonim dengan W sebab bermaksud 'Wilayah Persekutuan'.Dan aku lagi gemar plat WD #### E sebab nampak 'canggih' sikit nombor plat tu.

Nombor plat 'berekor' ni dah lama Singapore,Langkawi dan Sabah pakai dan Sarawak baru 5 tahun pakai.Ok je plat berekor ni dikeluarkan kat sana...

(Setakat 27 Ogos 2016)

Satu lagi yang aku perasan sejak bulan lepas,nombor plat Putrajaya 'F' masih berada di 'F7539'.Dah tak laku ke nombor plat ni?Kalau tak laku maknanya hancurlah harapan aku untuk membeli nombor plat 'FAE 2' atau 'FA 12' yang sama bunyik dengan nama aku...

FAE 2 = FAEZ

                             
FA 12 = FAIZ

                               

                               
(P/S : Itupun kalau aku kaya lah...beratus ribu jugak bajet nak dapat plat tuh...)



                   

Selasa, 18 Mac 2014

Floppy Disk



Hasil carian imej untuk floppy disk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Masih ingatkah ini???

Ia adalah "floppy disk" ataupun disket/cakera liut dalam BM...

Floppy disk ni hanya berkapasiti 1.44MB sahaja,jadi ia tidak dapat digunakan untuk menyimpan fail yang besar.

Kalau setakat nak simpan assignment,dokumen,fail-fail kecil tu boleh tapi kalau nak simpan lagu,video gambar haiii...minta maaf sajalah...Nak simpan satu lagu pun tak lepas...



Yang bulat kat atas ni dia punya bulatan magnetik...umpama macam cipnya lah...Kat dalam bulatan nilah semua memori dalam floppy disk ni tersimpan.Kalau calar atau kotor sikit...hilang semua isi-isinya...Part nilah yang paling sensitif dalam floppy disk...



Nampak fancy je floppy disk ni...warna-warni...



Slot floppy disk pada komputer...



Komputer yang menggunakan "floppy disk"

Kini zaman "floppy disk" sudah berlalu...



Hasil carian imej untuk 128gb pendrive amazon

Kini "floppy disk" telah digantikan dengan alat penyimpanan data "Pen Drive/Thumb Drive" yang hanya sebesar ibu jari tetapi boleh memuatkan data sehingga 128GB! Bersamaan 120,000 keping Floppy Disk!

Khamis, 16 Januari 2014

Mampusnya Seorang Laknatullah



                         Hasil carian imej untuk ariel sharon membusuk



Mampus jugak akhirnya si setan laknatullah ni...yang banyak menghisap darah saudara se-Islamku di Palestin...

                                


Tanggal 11 Januari lalu,si setan ini telah dicabut nyawanya setelah 8 tahun koma dan menjadi seakan 'mayat hidup' selepas diserang strok sejak awal 2006.




Sebagai 'bonus' pembalasan keatas kekejaman si setan ni,satu gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter menggegarkan utara negara haram Zionis Israel,yang menjadi tempat persemadian setan durjana ini.

                   Hasil carian imej untuk ariel sharon membusuk

Ini merupakan kisah ringkas kekejaman si setan ini:
  1. Si SETAN ini merupakan bekas Perdana Menteri Israel sejak dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.
  2. Ketika menjadi pemimpin tertinggi Israel, SETAN ini dipandang mula para pengikutnya kerana mengganggap si SETAN ini banyak mempertahankan keamanan Israel tanpa mengorbankan satu nyawa penduduk Israel. Sebaliknya, rakyat Palestin yang beragama Islam ditukar menjadi korban.
  3. SETAN ini bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian beribu-ribu rakyat Sabra dan Shatila untuk mengusir rakyat Palestin pada Perang Lubnan 1982.
  4. Pada 14 Disember 2001,SETAN ini bertindak ’memenjarakan’ pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.
  5. Sewaktu Arafat terpenjara, SETAN ini terus memerintahkan pihak tentara Israel mengganas, membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka.

Keadaan si setan ini sebelum mati:
  1. Tubuh SETAN ini terbaring lesu di atas katil tanpa sebarang pergerakan. Walaupun SETAN ini masih lagi bernafas, tetapi keadaan dirinya tak ubah seperti "MAYAT HIDUP".
  2. Berat badan SETAN ini menyusut teruk dan hanya tinggal 15 kilogram sahaja berbanding dahulu yang mempunyai tubuh badan gempal.
  3. SETAN ini mengalami penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma.
  4. Keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa.
  5. SETAN ini kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center.
  6. Bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain sehingga mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.
  7. SETAN ini sudah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!
                           Hasil carian imej untuk ariel sharon funeral


Mengapa perlu melakukan 'pengebumian negara' terhadap si setan ini? Bukankah kematian si setan ini harus diraikan dengan rasa RIANG DAN GEMBIRA???

Akhirnya doa seluruh umat Islam Palestin yang sekian lama ditindas Zionis laknatullah telah didengari Allah s.w.t.

              

Nama si setan ini?Tak perlulah disebut...

Isnin, 23 Disember 2013

Monday Blues




Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Pasti pada pagi Isnin ni ramai yang mengalami 'Monday Blues' kan? Yalah,dah bercuti minggu,bila nak masuk kerja hari Isnin rasa macam malas sikit.Semua orang di Malaysia (kecuali Kelantan,Terengganu,Kedah dan Johor tahun depan) merasai cuti minggu pada hari Sabtu dan Ahad (ada juga yang bercuti pada Ahad sahaja).

Aku juga merasai situasi ni.Sejak dari bangku sekolah lagi.Bila dah cuti rasa macam malas pulak nak bangun pergi kerja/sekolah.

Apa-apapun,selamat bekerja bagi yang bekerja hari ini.



Have your good Monday.Assalamualaikum.

Ahad, 24 November 2013

RIP Abam Iyo...



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mungkin kita semua sudah sinonim dengan Hero atau Abam Iyo,seekor kucing yang diselamatkan Papa Hero setelah dua kaki depannya dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan mentah di sebuah pasar pada 2005.Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan kemudian tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini,Iyo telah disahkan menghidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk Papa Hero.Bagaimanapun Iyo kemudiannya telah meninggalkan kita semua kira-kira sejam lepas disebabkan penyakit yang dihadapinya itu semakin serius sejak disahkan positif leukimia oleh Papa Hero baru-baru ini.


Wajah sayu Papa Hero... (credit from KAKIMOTONG FAN CLUB) 
Bagaimanapun,Iyo dan kisah-kisahnya akan sentiasa kekal dalam ingatan sebagai ikon menentang kezaliman dan kejahatan terhadap haiwan di negara ini.Teruskan menyokong KAKIMOTONG FAN CLUB... 

Khamis, 21 November 2013

Tahun Kedua Weblog Ku



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Andainya web log (blog) aku ni seorang bayi,sudah tentu ia sudah boleh berjalan,berkata-kata bahkan berlari.Sudah menempuh tahun kedua,rasanya belum ada rezeki untuk menjadikan faezzainal.com menjadi milikku.Blog aku ini juga masih lagi bertatih dalam alam siber ini.

Sudah masuk tahun kedua,bermula dengan sebuah blog kosong hingga catatan pertama,blog aku masih terus segar dan bernafas sehingga hari ini.Aku akan terus menulis biarpun tiada orang yang akan komen jauh sekali memberi rating.Mungkin lebih ramai 'silent reader' kot...

Walaupun apa sahaja rintangan yang akan dihadapi,aku tetap akan terus menulis sehingga kini.Tetapi kepada yang menyokong,tiada apa yang dapat aku mampu berikan melainkan ucapan 'Terima Kasih"...  

Ahad, 11 Ogos 2013

Budaya Tapau Menapau

 

Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Tapau menapau makanan dah macam satu BUDAYA pulak pada masyarakat kita?

Apa kejadahnya 2 beranak **** ni pergi majlis dan bawa tupperware?Kat rumah diorang ni dah takde makanan ke?Ke malas masak?Atau dah bosan makan daging b@#i ke?

Apa-apapun aku tak setuju dengan budaya tapau-menapau ni.Kalau dah pergi majlis,bawak perut dah la.Kalau nak tapau pun,biarlah dengan izin tuan rumah atau pengaturcara majlis.

Hai,tak sopan langsung...



BURUK PERANGAI,MACAM BERUK...

Jumaat, 14 Jun 2013

Selamat Tinggal Cik Anon



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mulai hari ini,commentator atau pengomen bernama 'Anonymous' atau nicknamenya Cik Anon sudah tidak lagi boleh mengomen di blog saya.

Hanya pengomen yang menggunakan identiti sebenar dan tidak bacul dan pengecut seperti 'Anonymous' sahaja dibenarkan mengomen di sini.

Bukan saya saja yang cakap,Gomen pun cakap:



Selamat tinggal Cik Anon...