Begitulah rupa nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) yang bakal dikeluarkan pada September ini.Kemungkinan,nombor plat WPKL yang keluar sekarang ni (WD #### E) akan diberhentikan pengeluarannya separuh jalan.
Kononnya,plat W akan diberhentikan sebab dah tak dapat sambutan.Padahal aku tengok punya banyak kereta baru pakai plat ni.Mungkin sebab sekarang ni dah tak ramai orang membida nombor plat dan kebanyakkannya guna plat running number.Maklumlah,running number kan free...tak da hasillah kepada negara yang dah tak berduit sekarang nih...Sekali orang bida plate je sampai beribu...
|
Gambar hiasan
|
Sekali orang bida plat je sampai puluhan/ratusan ribu...Sebab utama dia orang keluarkan plat nombor ni sebab nak tarik minat sesetengah orang membida nombor plat yang kononnya menarik ni.Padahal apa yang menarik sangat plat V ni?Rasa macam janggal dan pelik pulak bunyinya sebab bagi aku,nombor plat KL dah sinonim dengan W sebab bermaksud 'Wilayah Persekutuan'.Dan aku lagi gemar plat WD #### E sebab nampak 'canggih' sikit nombor plat tu.
Nombor plat 'berekor' ni dah lama Singapore,Langkawi dan Sabah pakai dan Sarawak baru 5 tahun pakai.Ok je plat berekor ni dikeluarkan kat sana...
|
(Setakat 27 Ogos 2016) |
Satu lagi yang aku perasan sejak bulan lepas,nombor plat Putrajaya 'F' masih berada di 'F7539'.Dah tak laku ke nombor plat ni?Kalau tak laku maknanya hancurlah harapan aku untuk membeli nombor plat 'FAE 2' atau 'FA 12' yang sama bunyik dengan nama aku...
|
FAE 2 = FAEZ
|
|
FA 12 = FAIZ
|
(P/S : Itupun kalau aku kaya lah...beratus ribu jugak bajet nak dapat plat tuh...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan