Rabu, 1 Januari 2020

Hari Ini 'Wawasan 2020'



Hari ni,kita semua melangkah ke tahun yg sejak dari dulu lagi dinantikan oleh kebanyakan rakyat jelata iaitu 2020... 

Wawasan 2020 diilhamkan oleh PM yg ke-4 merangkap PM sekarang,Tun Dr. Mahathir pada 1991 (2 tahun sebelum aku lahir).Rasanya mesti kalau sebut 2020 mesti teringat kereta terbang lah,bangunan tinggi melangit lah...Pendek kata semua canggih-manggih lah...

No photo description available.
2020?


Rasanya yg tak tercapai cuma kereta terbang...Hehe...

KL bandar raya bertaraf dunia 2020 ; Ya,bandar raya yg dipenuhi PATI,Perumahan mewah mampu tengok,dan dipenuhi gelandangan...Itu barulah 'bertaraf dunia' kan?

'Prototaip kereta terbang' Hehe...

3 Sept 1998, 7,703 hari ke arah 2020...


Tapi hakikatnya Wawasan 2020 telah pun 'GAGAL'...

Digantikan dengan TN50,Wawasan 2025,2035,2050 bagai...atas sebab...Entahlah malas aku nak menaip pasal bab politik bagai ni... 

Walaupun secara zahirnya Wawasan 2020 tak tercapai ataupun dengan kata lain telah gagal,tapi wawasan diri aku pada 2020 ni tetap akan cuba dicapai.Salah satu wawasan yg masih belum tercapai adalah meng'upgrade' blog ni kepada Faezzainal.com... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan