Ahad, 24 November 2013

RIP Abam Iyo...



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mungkin kita semua sudah sinonim dengan Hero atau Abam Iyo,seekor kucing yang diselamatkan Papa Hero setelah dua kaki depannya dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan mentah di sebuah pasar pada 2005.Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan kemudian tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini,Iyo telah disahkan menghidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk Papa Hero.Bagaimanapun Iyo kemudiannya telah meninggalkan kita semua kira-kira sejam lepas disebabkan penyakit yang dihadapinya itu semakin serius sejak disahkan positif leukimia oleh Papa Hero baru-baru ini.


Wajah sayu Papa Hero... (credit from KAKIMOTONG FAN CLUB) 
Bagaimanapun,Iyo dan kisah-kisahnya akan sentiasa kekal dalam ingatan sebagai ikon menentang kezaliman dan kejahatan terhadap haiwan di negara ini.Teruskan menyokong KAKIMOTONG FAN CLUB... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan