Selasa, 18 Mac 2014

Floppy Disk



Hasil carian imej untuk floppy disk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Masih ingatkah ini???

Ia adalah "floppy disk" ataupun disket/cakera liut dalam BM...

Floppy disk ni hanya berkapasiti 1.44MB sahaja,jadi ia tidak dapat digunakan untuk menyimpan fail yang besar.

Kalau setakat nak simpan assignment,dokumen,fail-fail kecil tu boleh tapi kalau nak simpan lagu,video gambar haiii...minta maaf sajalah...Nak simpan satu lagu pun tak lepas...



Yang bulat kat atas ni dia punya bulatan magnetik...umpama macam cipnya lah...Kat dalam bulatan nilah semua memori dalam floppy disk ni tersimpan.Kalau calar atau kotor sikit...hilang semua isi-isinya...Part nilah yang paling sensitif dalam floppy disk...



Nampak fancy je floppy disk ni...warna-warni...



Slot floppy disk pada komputer...



Komputer yang menggunakan "floppy disk"

Kini zaman "floppy disk" sudah berlalu...



Hasil carian imej untuk 128gb pendrive amazon

Kini "floppy disk" telah digantikan dengan alat penyimpanan data "Pen Drive/Thumb Drive" yang hanya sebesar ibu jari tetapi boleh memuatkan data sehingga 128GB! Bersamaan 120,000 keping Floppy Disk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan