Isnin, 30 April 2012

YB Burger: Burger 'gergasi' 1 kilogram




Kisah burger 'gergasi' YB (Yang Besar) Burger dah 2x masuk Buletin Utama TV3.Terkejut gak lah aku bila crita pasal burger besar ni masuk TV.Unik betul burger ni berbanding burger lain seperti di 'K' dan 'M'.hehehe...Dah la burger ni besar giler,cara nak order burger ni punyelah canggih.boleh guna email dan SMS lagi.Penghantaran pesanan burger ni juga disediakan tapi cuma di sekitar Shah Alam saje.



Inilah restoran yang menyediakan burger gergasi tersebut.Restoran tersebut adalah Yazid Burger Resepi YB,terletak di Medan Selera Anjung,Seksyen 7,Shah Alam.Keunikan restoran tersebut terletak pada burger raksasa tersebut.Burger tersebut didapati dalam 3 pilihan saiz iaitu 250 gram,500 gram dan 1 kilogram.Burger seberat 250 gram boleh dinikmati oleh pasangan (2 orang),500 gram 4 orang dan 1 kilogram 8 orang.Kalau korang mampu,makanlah burger 1kg tu sorang-sorang... :D





Harga?Harga bagi 250 gram burger ialah RM10,RM20 bagi 500 gram dan RM40 bagi 1 kilogram.Selain burger gergasi,restoran ini ada juga menyediakan menu lain seperti sup cendawan,roti halia,cip ikan,kentang goreng,Kebab,Roti John,sosej,roti pita,chicken chop dan sebagainya.Selain itu,pada setiap hari Sabtu,restoran ini ada mengadakan pertandingan makan burger.Untuk maklumat lanjut serta untuk mengetahui lokasi dan aktiviti di restoran ini sila klik sini untuk ke laman blog rasmi Yazid Burger.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan