Sabtu, 5 Mei 2012

Wang Kertas Baru Malaysia:Akan Datang 16 Julai


Wang kertas Malaysia siri ke-4 yang diperkenalkan rekabentuknya sejak 21 Disember tahun lalu,akan mula memasuki edaran wang umum bermula 16 Julai 2012.Wang kertas ini yang terdiri dari denominasi RM1,RM5,RM10,RM20,RM50 dan RM100 akan diedar bersama wang kertas sedia ada sehingga wang kertas sedia ada dikeluarkan dari edaran.

Yang menariknya,siri baru wang kertas ini juga telah menyaksikan kembalinya denominasi RM20 dalam senarai denominasi wang kertas Malaysia.Wang ini juga didatangkan dengan warna baru iaitu oren (sebelum ni coklat) dan juga wang RM1 dikeluarkan dalam versi not polimer (sama macam RM5).Not RM50 siri ke-4 buat masa kini merupakan satu-satunya not siri ke-4 yang berada di pasaran sejak mula diperkenalkan pada 2007.

  










WANG RM1

Bahan : Polimer
Warna : Biru
Saiz : 130 x 69 mm
Tema : Permainan Tradisional (Wau Bulan)
Nilai dalam US$ : 0.35
 WANG RM5
 Bahan : Polimer
 Warna : Hijau
 Saiz : 135 x 65 mm   
 Tema : Hidupan Liar (Kenyalang Badak)
 Nilai dalam US$ : 1.75


 WANG KERTAS RM10
                                          
  Bahan : Kertas
  Warna : Merah
  Saiz : 140 x 65 mm
  Tema : Flora (Bunga Rafflesia)
  Nilai dalam US$ : 3.50
                                         
             


  WANG KERTAS RM20
   Bahan : Kertas
   Warna : Oren
   Saiz : 145 X 65 mm
   Tema : Hidupan Marin (Penyu Karah dan Penyu Belimbing)  
   Nilai dalam US$ : 7.00
                                       
              
  WANG KERTAS RM50
   Bahan : Kertas
   Warna : Biru Muda
   Saiz : 145 x 69 mm
   Tema : Pertanian Dan Teknologi (pokok kelapa sawit,sel zarah,TAR)
  Nilai dalam US$ : 17.50   

  WANG KERTAS RM100
   Bahan : Kertas
   Warna : Ungu 
   Saiz : 150 x 69 mm
   Tema : Keajaiban Alam Semulajadi (Gunung Kinabalu&Mulu)
   Nilai dalam US$ : 35.00      
                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan