Rabu, 4 Julai 2012

Andainya kereta Kancil masih dijual


Andainya kereta Perodua Kancil masih dijual sampai sekarang,Kancil pasti akan jadi kereta pilihanku.

Kenapa Kancil?

Bagi aku,Kancil merupakan kereta kompak tapi sempurna.Ia merupakan kereta yang menawarkan segala keselesaan (bagi yang bujang) pada harga yang berpatutan.

Apa kelebihan Kancil?

1) Harga berpatutan iaitu serendah RM25k bagi 660EX (standard manual),RM28k bagi 850EX (medium manual) dan RM32k bagi 850EZi (premium auto).

2) Cukai jalannya hanya RM20 setahun.

3) Penggunaan petrolnya 1 liter petrol untuk 18 km perjalanan.

4) Kos servis dan penyelenggaraan yang minimum.

5) Saiznya yang 'kecil molek' menjadikan ia bukan sahaja sesuai untuk golongan muda dan kaum hawa sahaja,tetapi untuk semua lapisan umur dan masyarakat.

Namun,apakan daya,Kancil sudah tidak lagi dijual sejak 3 tahun lalu.

1 ulasan: