Khamis, 22 November 2012

Ulang Tahun Pertama Blog FZ!


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Alhamdulillah,pejam celik-pejam celik,blog saya,blog Faez Zainal kini telahpun berusia setahun sejak saya mula membikin blog ini pada 20 November tahun lalu.Sepatutnya saya menghasilkan artikel ini dua hari lalu tapi disebabkan masalah gangguan talian Internet di rumah saya,saya hanya dapat menghasilkan artikel ini pada hari ini.

Sepanjang setahun saya berblogging,saya telah menghasilkan 75 catatan,blog saya dilawati oleh 3,207 orang dan mempunyai 6 orang pengikut.Kini saya sedang dalam perancangan untuk membeli domain 'dot com' khusus untuk blog saya.

Sebenarnya,setahun tidak mencukupi bagi mematangkan saya dan blog saya.Saya harus lebih belajar dan belajar untuk menjadi seorang blogger yang baik dan cemerlang.Mungkin saya harus mengambil masa 2,3 atau 4 tahun untuk menjadi blogger yang terbaik.

Apa-apapun,terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menyokong penuh blog saya sehingga blog saya masih 'bernafas' hingga hari ini.Teruskan menyokong blog saya dan sokongan anda amat saya hargai.Terima Kasih.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan