Jumaat, 21 Disember 2012

21/12/12: Bukan Kiamat Tapi Permulaan Baru


Assalamualaikum w.b.t.,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Hari ini.21 Disember 2012,bersamaan 7 Safar 1434H iaitu pada hari Jumaat yang mulia ini,kononnya,ramai hamba Allah yang mengatakan dan meramalkan pada hari ini akan berlakunya KIAMAT atau penamat hayat bumi ini.

Ramai hamba Allah yang percaya pada tarikh ini akan berlakunya kiamat sehingga mereka menerbitkan filem '2012' bagi menggambarkan kemusnahan yang berlaku pada tarikh itu.Namun sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya bukanlah hari kiamat seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya ia merupakan satu permulaan baru dalam kalendar masyarakat Mesoamerika.

Masyarakat Mesoamerika percaya,pada hari ini,merupakan hari terakhir dalam kitaran panjang 5,125 tahun kalendar Long Count.Bermula esok,mereka percaya akan bermulanya kitaran 5,125 tahun berikutnya yang baru.Bermakna,hari ini merupakan hari terakhir dalam tempoh 5,125 tahun sebelum pada esok akan bermulanya hari dan kitaran tahun yang baru.Ia seumpama odometer kereta yang kembali kepada sifar selepas bergerak lebih dari 100,000 kilometer.  

Jadi,tarikh 'keramat' 21 Disember 2012 bukanlah 'hari kiamat' seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya merupakan hari permulaan baru untuk membuang segala sikap dan teladan yang buruk dan digantikan dengan sikap dan teladan yang lebih baik.Andainya kita mempunyai segala kesilapan,masih belum terlambat untuk menjernihkannya semula.Anggaplah hari ini sebagai hari untuk melakukan anjakan paradigma kepada diri sendiri walaupun kita tidak mempercayai kalendar tersebut.

Soal kiamat ataupun tidak,wallahualam...,itu urusan Allah s.w.t.Hanya Dia yang mengetahui bila akan berlaku kiamat yang sebenar.Yang penting kita harus menambah 'saham' akhirat sebanyak yang boleh.Ajal dan maut itu ialah kehendak-Nya.

Dalam Islam,kita harus percaya bahawa kiamat hanya ditentukan oleh Zat yang mencipta bumi ini.Sabda Rasulullah s.a.w.:

" Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perkara iaitu:Dajjal dan Ad-Dukhan (asap kabut),binatang melata di bumi,terbitnya matahari di tempat terbenamnya (arah barat),kehancuran dunia secara total dan kematian diri-mu sendiri,"(Sahih Muslim,Bab Fi Baqiyyah min Ahaadiitsi Ad-Dajjal 18:87.

Jadikanlah ia sebagai iktibar kepada anda dan diri saya semdiri.              

2 ulasan:

  1. Ha'ah kan... depa kata nak kiamat hari ni.. ada2 je kan.. syirik tu, mana boleh percaya..
    TQ follow kak...kak follow sni juga #8..:)

    BalasPadam