Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...
"Syarikat-syarikat multinasional (MNC) sudah bersedia untuk
melaksanakan pembayaran gaji minimum sebanyak AS$300 (RM900) sebulan
kepada pekerja-pekerja Malaysia mulai awal tahun depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, meskipun ada rungutan pada awalnya namun mereka akur
dengan keputusan kerajaan.
Lagipun, keputusan itu tidak membabitkan para pekerja asing di negara ini, menurut beliau.
Kami sudah menjelaskan perkara ini secara terperinci bahawa Malaysia
bukan lagi sebuah negara berorientasikan buruh, sebaliknya menawarkan
kemahiran dan pengetahuan tinggi kepada pelabur asing," katanya dalam
taklimat dengan para peneraju syarikat Malaysia yang beroperasi di sini.
Jelas beliau, kerajaan mempertahankan keputusan itu kerana langkah
itu selari dengan matlamat negara untuk mencapai negara berpendapatan
tinggi dengan peningkatan pendapatan perkapita kepada AS$15,000
(RM45,000) menjelang tahun 2020.-(Sumber Utusan Malaysia 17 Dis 2012)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan