Selasa, 11 Disember 2012

Dulu Nesvita,Kini Nestum

Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

 Pasti ada di kalangan pembaca blog ini yang menggemari Nesvita kan?Alah,Nesvita,minuman bijirin sarapan tu,yang selalu kita minum masa sarapan pagi tu...

Kini,Nesvita telah diberi nafas baru.Tiada lagi Nesvita,kini ia dikenali sebagai 'Nestum'.

  
Seperti Nesvita,Nestum 3in1 juga didapati dalam perisa Asli,Coklat,Oat dan Madu.Selain itu,Nestum juga terdapat dalam 2 perisa baru iaitu American Ginseng dan Dang Gui.Semua perisanya mengandungi vitamin A,B,C dan D dan mineral serta zat yang diperlukan tubuh kita.Nestum 3in1 kini terdapat di pasaran dengan harga runcit RM9.50.

(p/s: Saya suka perisa Coklat :) )


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan