Jumaat, 7 Disember 2012

21/12/12:Berlaku Atau Tidak,Kita Mesti Bersedia


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

21 Disember 2012,iaitu 2 minggu yang akan datang,satu tarikh dimana kononnya dalam kalender Maya kuno,akan berlakunya peristiwa yang menamatkan hayat bumi ini.Pada tarikh tersebut kononnya,bumi akan mengalami kegelapan.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada peristiwa itu akan berlaku ataupun sebaliknya,kita haruslah bersedia.Lagipun,kita telah melihat sendiri tanda-tanda kiamat kecil yang telah berlaku di sekeliling kita.

Kita mungkin tidak pasti apa yang akan berlaku 2 minggu yang akan datang.Namun saya berdoa agar kita semua akan terus dilindungi oleh Allah s.w.t.

Mungkin juga perkara itu akan berlaku,tidak berlaku ataupun lebih teruk.Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan anda semua.Kita harus bersedia dalam apa sahaja cara.Bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kita harus berdoa kepada Allah s.w.t. supaya kita terus dipanjangkan usia,dan terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.Sekiranya kita ada melakukan kesilapan kepada orang lain,mohon maaf kepada orang itu dan jika orang lain ada berbuat salah kepada kita,kita harus memaafkannya dengan rela hati.Bermaafan itu lebih baik dari berdendam.

Kita harus bersedia walaupun ia berlaku ataupun tidak.Hari Kiamat itu pasti akan berlaku sama ada cepat ataupun lambat.Ini hanyalah sekadar peringatan.Kadangkala,kita tidak sedar sama ada kita terkhilaf ataupun tidak.Sekiranya itu benar-benar berlaku maka sudah terlambat untuk membetulkan dan menjernihkannya semula.

Akhir kata,saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kata saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak dan sebagainya.Harap dapat dimaafkan.

Ikhlas dari saya,

Faez Zainal




 

1 ulasan:

  1. susah nak cakap pasal hal nih..
    kadang kita tak maksud apa2..
    sekadar sama sama beringat..
    sesetengah pihak kata tak boleh nak percaya..
    dosa..

    hurmm..

    BalasPadam