Jumaat, 14 Jun 2013

Selamat Tinggal Cik Anon



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mulai hari ini,commentator atau pengomen bernama 'Anonymous' atau nicknamenya Cik Anon sudah tidak lagi boleh mengomen di blog saya.

Hanya pengomen yang menggunakan identiti sebenar dan tidak bacul dan pengecut seperti 'Anonymous' sahaja dibenarkan mengomen di sini.

Bukan saya saja yang cakap,Gomen pun cakap:



Selamat tinggal Cik Anon...

Ahad, 24 Februari 2013

Cara Membezakan Telefon Bimbit Ori Atau Ciplak



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 5 pon boleh diciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam. Check it out :

Okay ikut langkah-langkah seperti di bawah nih :
1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03,04,05: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Apa-apapun,sila check untuk mengetahui hp korang tu ori atau tak.

Rabu, 20 Februari 2013

Do Not Call Back This Number



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

PLEASE take this very seriously. People have been receiving calls from+375602605281, +37127913091 or any number starting from +375, +371. One ring and hang up. If you call back, it's one of those numbers that are charged; they can copy your contact list in 3seconds; if you have bank or credit card details on your phone, they can copy that too. +375 is from Belarus. 371 is from Latvia.

Don't answer or call back. Please FORWARD AND SHARE this with your friends and family.

Rabu, 6 Februari 2013

Malaysia Dijajah Alien?


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Inilah Bukti awal penjajahan Alien di Malaysia, Walaupun kes ni terpencil namun dengan kuasa internet dan facebook bukti2 ini telah tersebar luas di alam Maya. Hanya Ahli arkeologi yang terpilih saja boleh mentafsirkan penemuan ini. Bersedialah anda dengan pendedahan yang amat memeranjatkan ini..Jeng..jeng..jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-


Sabtu, 5 Januari 2013

Tun M Pemimpin Hebat


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Negara kita Malaysia sangat bertuah kerana dikurniakan Allah seorang pemimpin yang hebat dan berwibawa.Dalam tempoh 22 tahun,Malaysia hanya memerlukan seorang pemimpin bernama Tun Dr.Mahathir Mohammad untuk memimpin negara sedangkan negara lain memerlukan sebegitu ramai pemimpin untuk memimpin negara dalam tempoh tersebut.

Lihat ini:

Negara maju seperti Jepun memerlukan 13 orang PM untuk mentadbir negara dalam tempoh 22 tahun,sedangkan negara kita hanya memerlukan seorang PM sahaja...

Singapura ditadbir 2 orang PM dalam 22 tahun...negara kecil sebesar negeri Perlis...apa nak heran...orang yang sama jugak jadi PM...

Korea Selatan ditadbir oleh 18 orang PM...ramainya...

 Negara itu juga mempunyai 4 orang ketua negara (Presiden) pada tempoh itu...

  Amerika Syarikat aka negara Polis Dunia pula,4 orang Presiden...

 
Sekutu AS,negara Zionis laknatullah Israel pula ditadbir 9 PM dalam 22 tahun...tapi semuanya tak berguna...otak mereka cuma berfikir nak menghancurkan ummat Islam je!

Sememangnya Tun adalah pemimpin yang hebat dan terulung...Dalam 22 tahun Malaysia hanya ditadbir oleh seorang PM.Hebat kan? 

Selasa, 1 Januari 2013

Insentif Kepada Follower Baruku


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Mulai hari ini (1 Januari 2013),saya akan memberikan insentif kepada anda yang menjadi follower blog saya.Sekiranya anda menjadi follower saya,saya juga akan menjadi follower anda.Dan sekiranya anda adalah follower ke 20,40 dan setiap 20 follower bertuah akan saya promosikan blog anda dalam satu entri khas blog saya yang bertajuk 'Kawan Ku Ke-(nombor visitor yang ke berapa serta nama blog anda).

Dengan kata lain,saya dapat mewujudkan situasi 'menang-menang' di mana blog saya dapat manfaat dan keuntungan dan begitu juga blog anda yang menjadi follower saya.Tetapi,ada syaratnya.Syaratnya mudah sahaja,iaitu:

1) Mesti MEMPUNYAI BLOG.
2) Mesti mempunyai blog yang aktif dan entrinya hendaklah berjarak tidak melebihi sebulan.
3) Mesti mempunyai kotak chat (shoutbox,cbox dll) bagi memudahkan saya memberi notifikasi kepada anda.
4) Setelah anda follow blog saya,tulis mesej di kotak chat blog saya yang anda telah follow blog saya beserta alamat blog (bukan url promosi).

Jadi,tunggu apa lagi,marilah follow saya jika anda mahu saya follow anda...JOM FOLLOW... 
    

Rabu, 26 Disember 2012

Kelebihan Telefon Bimbit


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Telefon bimbit atau 'handphone' sememangnya menjadi keperluan utama pada hari ini.Telefon bimbit kini bukan hanya sekadar untuk berhubung atau SMS tetapi lebih daripada itu.Tapi tidak semua telefon bimbit sama.Ini adalah ciri-ciri yang berbeza bagi model telefon yang berbeza.

1) Blackberry - Ada BBM (BlackBerry Messenger).



2) Samsung - Ada skrin sentuh sepenuhnya.



3) iPhone - Tak boleh 'bluetooth' dengan sembarangan telefon bimbit.



4) HTC - Boleh muat turun banyak animasi yang cantik.



5) Sony - Boleh dengar lagu dan main game best-best



6) Nokia 3310 - Bateri aku tahan lamaaaaaaaa......

   

Jumaat, 21 Disember 2012

21/12/12: Bukan Kiamat Tapi Permulaan Baru


Assalamualaikum w.b.t.,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Hari ini.21 Disember 2012,bersamaan 7 Safar 1434H iaitu pada hari Jumaat yang mulia ini,kononnya,ramai hamba Allah yang mengatakan dan meramalkan pada hari ini akan berlakunya KIAMAT atau penamat hayat bumi ini.

Ramai hamba Allah yang percaya pada tarikh ini akan berlakunya kiamat sehingga mereka menerbitkan filem '2012' bagi menggambarkan kemusnahan yang berlaku pada tarikh itu.Namun sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya bukanlah hari kiamat seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya ia merupakan satu permulaan baru dalam kalendar masyarakat Mesoamerika.

Masyarakat Mesoamerika percaya,pada hari ini,merupakan hari terakhir dalam kitaran panjang 5,125 tahun kalendar Long Count.Bermula esok,mereka percaya akan bermulanya kitaran 5,125 tahun berikutnya yang baru.Bermakna,hari ini merupakan hari terakhir dalam tempoh 5,125 tahun sebelum pada esok akan bermulanya hari dan kitaran tahun yang baru.Ia seumpama odometer kereta yang kembali kepada sifar selepas bergerak lebih dari 100,000 kilometer.  

Jadi,tarikh 'keramat' 21 Disember 2012 bukanlah 'hari kiamat' seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya merupakan hari permulaan baru untuk membuang segala sikap dan teladan yang buruk dan digantikan dengan sikap dan teladan yang lebih baik.Andainya kita mempunyai segala kesilapan,masih belum terlambat untuk menjernihkannya semula.Anggaplah hari ini sebagai hari untuk melakukan anjakan paradigma kepada diri sendiri walaupun kita tidak mempercayai kalendar tersebut.

Soal kiamat ataupun tidak,wallahualam...,itu urusan Allah s.w.t.Hanya Dia yang mengetahui bila akan berlaku kiamat yang sebenar.Yang penting kita harus menambah 'saham' akhirat sebanyak yang boleh.Ajal dan maut itu ialah kehendak-Nya.

Dalam Islam,kita harus percaya bahawa kiamat hanya ditentukan oleh Zat yang mencipta bumi ini.Sabda Rasulullah s.a.w.:

" Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perkara iaitu:Dajjal dan Ad-Dukhan (asap kabut),binatang melata di bumi,terbitnya matahari di tempat terbenamnya (arah barat),kehancuran dunia secara total dan kematian diri-mu sendiri,"(Sahih Muslim,Bab Fi Baqiyyah min Ahaadiitsi Ad-Dajjal 18:87.

Jadikanlah ia sebagai iktibar kepada anda dan diri saya semdiri.