Sabtu, 17 September 2016

Jom Kita BERSATU!



Kepada yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan korup UMNO,BN dan PM Najib Razak tapi pada masa yang sama tidak mahu menyokong parti pembangkang lain seperti DAP,PKR dan Amanah,menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lah jawapannya.

Diasaskan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bertindak sebagai Pengerusi dan diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden parti,Parti PPBM telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 September lalu.

 Profil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Nama PartiParti Pribumi Bersatu Malaysia
Nama (akronim)PPBM
SloganMaju, Adil dan Makmur
Twitter/Facebook PPBMhttps://twitter.com/bersatumy  https://facebook.com/bersatu.org
   
Pengerusi 
Tun Dr. Mahathir Mohamad

PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Naib PresidenDato’ Seri Paduka Mukhriz Mahathir
Setiausaha AgungKamarul Azman Habibur Rahman
BendahariAnina Saadudin
AJK
  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
  • Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
Tarikh Daftar : 8 September 2016
   
Matlamat Perjuangan PPBM

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  • Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  • Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  • Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  • Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
  • Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  • Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  • Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.




PENDAFTARAN ONLINE TELAH DIBUKA!





Jom seluruh rakyat BERSATU!!! Demi Malaysia!!!

Ahad, 28 Ogos 2016

V,W dan F



Begitulah rupa nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) yang bakal dikeluarkan pada September ini.Kemungkinan,nombor plat WPKL yang keluar sekarang ni (WD #### E) akan diberhentikan pengeluarannya separuh jalan.



Kononnya,plat W akan diberhentikan sebab dah tak dapat sambutan.Padahal aku tengok punya banyak kereta baru pakai plat ni.Mungkin sebab sekarang ni dah tak ramai orang membida nombor plat dan kebanyakkannya guna plat running number.Maklumlah,running number kan free...tak da hasillah kepada negara yang dah tak berduit sekarang nih...Sekali orang bida plate je sampai beribu...

Hasil carian imej untuk bidaan no plat f
Gambar hiasan



 Sekali orang bida plat je sampai puluhan/ratusan ribu...Sebab utama dia orang keluarkan plat nombor ni sebab nak tarik minat sesetengah orang membida nombor plat yang kononnya menarik ni.Padahal apa yang menarik sangat plat V ni?Rasa macam janggal dan pelik pulak bunyinya sebab bagi aku,nombor plat KL dah sinonim dengan W sebab bermaksud 'Wilayah Persekutuan'.Dan aku lagi gemar plat WD #### E sebab nampak 'canggih' sikit nombor plat tu.

Nombor plat 'berekor' ni dah lama Singapore,Langkawi dan Sabah pakai dan Sarawak baru 5 tahun pakai.Ok je plat berekor ni dikeluarkan kat sana...

(Setakat 27 Ogos 2016)

Satu lagi yang aku perasan sejak bulan lepas,nombor plat Putrajaya 'F' masih berada di 'F7539'.Dah tak laku ke nombor plat ni?Kalau tak laku maknanya hancurlah harapan aku untuk membeli nombor plat 'FAE 2' atau 'FA 12' yang sama bunyik dengan nama aku...

FAE 2 = FAEZ

                             
FA 12 = FAIZ

                               

                               
(P/S : Itupun kalau aku kaya lah...beratus ribu jugak bajet nak dapat plat tuh...)



                   

Ahad, 24 Julai 2016

Aku Ni Blogger Rupanya...

                                 



Siapa kata blog FZ ni dah tak wujud?

Ni tengah menaip ni...maknanya wujud lagi lah...Hahaha...


Cuma aku terikat dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab yang terlalu padat dan sendat sehinggakan aku ketiadaan masa untuk berblogging...

Sampai aku hampir tak perasan yang aku ada blog...

Oh,Aku ada BLOG rupanya... 


                     

Sabtu, 26 September 2015

Himpunan BER5IH 5.0




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mari sertai Himpunan BER5IH 5.0!!!


Jangan Risau...Himpunan BER5IH 5.0 adalah HIMPUNAN HALAL!!!

Jom sebarkan pada semua mengenai Himpunan Halal Ber5ih 5.0 ni!!! 

                                Gunakan Hashtag (#)   

                    #BERSIH5 dan #BER5IH5 !!! 

  
                      Lokasi dan venue BER5IH5...

   

Himpunan BER5IH 5.0 akan diadakan pada:

Masa : SETIAP HARI PADA WAKTU SOLAT SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB DAN ISYAK

Lokasi : Semua SURAU/MASJID BERHAMPIRAN ANDA

TUJUAN HIMPUNAN : UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T DAN MELAKSANAKAN KEWAJIPAN TERHADAP-NYA

PESERTA : MESTILAH TERDIRI DARI SEMUA PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH SEKELIAN...

"JOM BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MASJID DAN SURAU DALAM HIMPUNAN BER5IH 5.0 INI!!!" 


Ahad, 20 September 2015

Dari Oren Ke Hijau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Aku telah bertukar dari OREN ke HIJAU !!!

Bukan bertukar dari oren ke epal hijau,tapi bertukar dari TELCO OREN ke TELCO HIJAU sambil kekalkan nombor TELCO OREN.Ataupun orang panggil Mobile Number Portability (MNP) atau dalam bahasa Melayunya,Kebolehalihan Nombor Telefon Mudah Alih.

MNP ini memudahkan kita untuk bertukar ke penyedia perkhidmatan (telco) lain tanpa perlu menukar nombor telefon bimbit kita.Jadi senanglah tak perlu susah-payah inform kat orang pasal nombor hp baru kita...



Aku dulu pakai telco oren ni...



Tapi bertukar ke telco hijau ni sambil kekalkan nombor telco oren...

Sebab utama aku tukar kerana aku mahukan prepaid yang jimat,coverage yang meluas,prepaid yang patuh syariah (tak mengenakan caj tersembunyi) dan yang paling penting dimiliki oleh BUMIPUTERA ISLAM yang pendapatan mereka dikenakan ZAKAT (yang pastinya disalurkan kepada umat Islam) dan bukannya seperti TELCO OREN yang dimiliki taukey judi dan disalurkan kepada jalan yang haram serta untuk agama bukan Islam...

Dah...malas nak berkhutbah panjang-panjang...aku nak cerita proses aku MNP dari OREN ke  HIJAU...

Aku mula tertarik dengan TELCO HIJAU ni selepas aku riki kat

Instagram @onexox.simcard.jimat ...

Harga kad sim cuma RM10 dan boleh pilih nak nombor baru atau kekal nombor lama...Aku sudah semestinya kekal nombor lama...
Lepas order dan bank in RM10,..ikut arahan seterusnya dan simkad akan diposkan dalam 1-5 hari...

 

Simcard akan sampai paling awal keesokan harinya...

Lepas dapat simcard,jangan tukar dulu...tunggu approval message dari telco asal korang...



Lebih kurang macam ni lah mesejnya...


Bila dapat mesej tu dan line telco asal dah dipotong,baru tukar simkad...



Bila dah dapat mesej seperti di atas ni maknanya talian dah aktif...

Susah nak dapat top-up?Top-up je kat sini...



  


Maka dengan secara rasminya pada 5/9/2015,aku telah bertukar dari OREN ke HIJAU...



Selamat tinggal Oren,Selamat Datang Hijau...


 



Selasa, 25 Mac 2014

MH370...Al-Fatihah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Berita yang mendukacitakan...





Pesawat MH370 MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu,telah disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi,2200 kilometer dari Australia.



Al-Fatihah kepada semua krew dan penumpang MH370...

Selasa, 18 Mac 2014

Floppy Disk



Hasil carian imej untuk floppy disk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Masih ingatkah ini???

Ia adalah "floppy disk" ataupun disket/cakera liut dalam BM...

Floppy disk ni hanya berkapasiti 1.44MB sahaja,jadi ia tidak dapat digunakan untuk menyimpan fail yang besar.

Kalau setakat nak simpan assignment,dokumen,fail-fail kecil tu boleh tapi kalau nak simpan lagu,video gambar haiii...minta maaf sajalah...Nak simpan satu lagu pun tak lepas...



Yang bulat kat atas ni dia punya bulatan magnetik...umpama macam cipnya lah...Kat dalam bulatan nilah semua memori dalam floppy disk ni tersimpan.Kalau calar atau kotor sikit...hilang semua isi-isinya...Part nilah yang paling sensitif dalam floppy disk...



Nampak fancy je floppy disk ni...warna-warni...



Slot floppy disk pada komputer...



Komputer yang menggunakan "floppy disk"

Kini zaman "floppy disk" sudah berlalu...



Hasil carian imej untuk 128gb pendrive amazon

Kini "floppy disk" telah digantikan dengan alat penyimpanan data "Pen Drive/Thumb Drive" yang hanya sebesar ibu jari tetapi boleh memuatkan data sehingga 128GB! Bersamaan 120,000 keping Floppy Disk!

Ahad, 23 Februari 2014

Kawan Ku Ke-60



Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Kawan ku ke 60?

Siapa?

Ni dia...

= Chik Myra (http://myra-zone.blogspot.com)

Kepada Chik Myra,terima kasihlah kerana menjadi follower blog cabuk yang tak seberapa ini.Kepada anda semua,jomlah lawat dan kalau boleh FOLLOW blog ini.